Wednesday 8 August 2012

;(

untuk apa cinta ini dimengerti?
untuk disakiti?
atau untuk difahami?
duhai hati, aku masih tidak mampu
mencari jawapan yang belum pasti
jawapan yang bakal mengores hati
kebisuan dirimu menjawab segala mimpi
yang mimpi tak seindah realiti...

siapalah aku mempersoalkan siapa dihatimu,
cuma aku mahu kau tahu,
tanpaku, kau mampu melakar impian yang pasti,
bersama yang terpahat dihati...

selamat tinggal sayang....

-dr.cinta ilmifiyana-

Monday 6 August 2012

;)

petikan daripada dr.cinta...

"cinta bagi saya gurauan dalam kehidupan. Kadang-kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam-macam emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta....tapi cinta ni macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua yang akan jumpa."

ni petikan daripada dr.cinta ilmifiyana pula.... ;)

"bukan senang nak pamerkan rasa cinta, bukan susah jugak nak sembunyikan rasa cinta yang seakan tembus didada..bicara, tutur kata, tingkah laku, keperihatinan awak membuatkan saya jatuh hati.. Yang mengindahkan cinta itu adalah diri awak.. Jika saya mampu, akan saya lafazkan rasa ini, tapi mungkin sampai disini saja kerana cinta itu bukan milik saya.."